Monday 28 November 2011

Lepaskan aku pergi

[sumber]

Setelah sekian lama memendam rasa dan menahan perasaan, kali ini biar aku meminta, jika kau benar-benar sayangkan aku dan jika kau sungguh-sungguh cintakan aku, LEPASKAN LAH AKU PERGI...

ya, mungkin kau akan mengamuk, marah kerana permintaan kali ini aku tahu amat melampau, tapi aku telah berfikir sedalamnya,  aku telah berkira semua kemungkinan, inilah yang terbaik untuk kita. Sayang, sedarlah, jiwa kita tidak pernah bersatu, hati kita tidak pernah sama, walau hati kita punya rasa kasih tapi ia tetapt tidak sama, kerana itu kita seringkali bertelingkah, masing-masing dengan amarah yang tinggi, kerana itu kita selalu rebah, tersungkur dan terluka kerana kita tanpa sedar saling menyakiti.


Demi kasih kita yang masih bersisa, lepaskan lah aku pergi sayang. Biarlah ku bawa serpihan memori indah yang tinggal sedikit antara kita sebagai kenangan kerana aku tidak mahu mengingati picisan cinta kita yang menyakitkan, biarlah aku terus mengenangmu sebagai sebahagian dari angan-angan cintaku yang indah.

No comments: