Tuesday 6 December 2011

kamu, jangan sampai dia hilang sabar!

sumber [klik]

Selalunya dia diam, malas mahu mengeruhkan keadaan, tidak mahu terus bermasam muka setiap kali bila kamu sambil lewa tidak pernah ambil pusing akan perasaannya, dan setiap kali dia berdiam itu juga kamu selalu saja ambil kesempatan, buat-buat tidak faham akan rasa hatinya, kerana kamu sangka dia pasti akan terus berdiam dan kerana itu juga kamu alpa wahai lelaki, kamu lupa bahawa dia yang kamu ambil kesempatan itulah perempuan yang akan sentiasa ada disisi kamu saat susah, saat genting dan saat suram.

Sekali lagi, kau wahai lelaki itu, buat air matanya luruh, luruh bersama gundah hati tidak terperi, walau kamu tidak mampu melihatnya tapi hatinya itu sudah benar-benar sakit, lukanya dalam dan tidak mungkin akan sembuh. Barangkali, kamu lupa wahai lelaki, dia juga manusia biasa, yang hatinya merah lagi lembut yang kini sudah tersayat pilu, hanya kerana sikapmu yang ego dan pentingkan diri sendiri...

Mungkin kau benar-benar telah lupa, dia juga punya perasaan, punya kekuatan hati yang luarbiasa dan mampu menjadi sekejam pembunuh hingga dia juga sanggup untuk membunuh cintanya padamu selama ini, jangan sesekali kau pernah lupa wahai lelaki, bahawa bila tiba kemuncak masa itu, kamu pasti akan jatuh terduduk, berkecai  dan berderai sekalipun dia pasti sudah tidak mahu malah tidak sudi pun menoleh padamu lagi.

Ingat kamu!!!! Jangan sampai dia hilang sabar!!!!

No comments: